(#þqããÍ$yur 4n<Î) ;otÏÿøótB `ÏiB öNà6În/§ >p¨Yy_ur $ygàÊótã ßNºuq»yJ¡¡9$# ÞÚöF{$#ur ôN£Ïãé& tûüÉ)GßJù=Ï9
“Dan bersegeralah
kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit
dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”( QS.Al-Imron : 133 )
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata:
"Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad
s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan
syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu
bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari
za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak
susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."
Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan
tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan
orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan
lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau
hanya menanti masanya."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang
berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus
naungannya, bacalah: Wa zillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang
memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat
mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati
(perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min
qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak
seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan
yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan
tempat pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman
zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka
siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang
tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua
bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar
airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku,
maka hendaklah taat kepada Tuhanku."
Mujahid berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan
urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad,
sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak
sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar,
kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud)
Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai
oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.
Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya,
sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk
kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli
syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah
itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami
dan memesukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka
Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah
yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih
senang daripada melihat zat Allah."
Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w.
membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad
s.a.w. bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?"
Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada
dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga
ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara
(kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk
kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung
kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat
dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan)."
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab
Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus, disana ada
anak bukitdari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana disediakan
mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada
mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki para
siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik
syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap
kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: "Mintalah
kepadaKu." Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku
telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku
muliakan kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka
dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari
Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka.
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada
para waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap
suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai
makan, diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada
hamba-hambaKu." maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada
tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah Tuhanmu
telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta,
nescaya Aku berikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu.
kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: "Aku ridho
kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan
kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima."
Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia
sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah
sehingga Allah menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa
beribadat." Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan
terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah
yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah
Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas
ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya
terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka
sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang
biasa."
Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka
untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang
belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengerikan:
Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan."
Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun
lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi
nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut, bola
matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap
jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya,
demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat
wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan
tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."
Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak
tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata:
"Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya:
"Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan
minum?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa
Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang
dalam makan, minum dan jima (bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang
yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada
kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh
yang berbau harum bagaikan kasturi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman
Allah s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."
Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah
disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar
sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas
meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain
berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali."
Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad
s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku
bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat
terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka
tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut
mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh
mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam
a.s. enam puluh hasta."
Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala,
alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan
polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta,
usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya,
dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai
waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan
buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka
dimakan oleh orang itu sekuatnya."
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza
warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada
yang pertama: Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu
kerana kesabaran kamu), dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin
(Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman), yang ketiga : Tilkal
janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang
diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu), yang keempat: Rufi'at ankumul
ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita),
yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan
perhiasan), yang keenam : Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kawinkan kamu
dengan bidadari), yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa
taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala
keinginan dan menyenangkan pandangan matamu dan kamu kekal di dalamnya), yang
kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan
para Nabi dan Siddiqin), yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun
(Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya) dan yang kesepuluh: Sakantum fi
jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak
mengganggu tetangganya)"
Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah
menepati lima perkara ini yaitu:
Pertama : Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa
anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu
dari maksiat maka syurga tempatnya."
Kedua : Rela dengan pemberian yang sederhana sebab
tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada
dunia."
Ketiga : Rajin sholat berjamaah dan kepada semua amal kebaikan sebab
kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti
firman Allah s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal
perbuatanmu."
Keempat : Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab
mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan
kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
Kelima : Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga
dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli hikmah berkata: "Condong kepada
dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak
bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah
malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang
yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan
kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan
kesederhanaan yang ada didunia.
Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu
cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk
syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya
ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai
kesyurga."
Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya:
"Jangan masuk kecuali jika membayar uangnya."
Maka ia menangis dan berdoa: "Ya Allah, seseorang untuk masuk kerumah
syaitan tidak diizinkan tanpa uang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat
para Nabi dan Siddiqin tanpa upah?"
Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai
Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga
dengan harga murah." artinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu
banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."
Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali
dengan meninggalkan kesukaannya didunia, niscaya itu ringan dan sedikit untuk
mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan
menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit
disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari
neraka dengan sabar menderita seribu satu dari
kesukaran."
Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi
meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan
dunia."
Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa
yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya
Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka
tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."
Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kita semua
yang sempat membaca tulisan ini dari neraka dan memasukkan kita kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak
ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan niscaya itu sudah lebih dari
cukup terlebih-lebih kalau bisa melihat wajah Allah diAkherat nanti, sungguh
kenikmatan apa lagi kalau kita bisa meliahat wajah Allah
Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam
syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul
membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan
antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama
binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga."
Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata:
"Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang
diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya,
ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang
bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan
terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan
diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu
licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya
Malaikat yang membawa bantolan untuk membantol (menyeret) orang-orang, maka ada
yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung
tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa:
"Robbi sallim saliim" (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada
orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat
dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya
disyurga, sehingga dia berdoa: "Ya Tuhan, tempat saya disini." Jawab
Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang
lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu."
Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih
baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu
ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu." Dijawab oleh Tuhan:
"Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya."
Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya
syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah,
tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah
kau tidak minta?" Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa
malu." Maka firman Allah s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali,
maka inilah yang terendah tempat disyurga."
Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini
maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."
Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya
melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."
Firman Allah dalam suroh Al-Insan ayat 5-12 yang berbunyi
¨bÎ) u#tö/F{$# cqç/uô³t `ÏB <¨ù(x. c%x. $ygã_#tÏB #·qèù$2 ÇÎÈ $YZøtã Ü>uô³o $pkÍ5 ß$t7Ïã «!$# $pktXrãÉdfxÿã #ZÉføÿs? ÇÏÈ tbqèùqã Íõ¨Z9$$Î/ tbqèù$ssur $YBöqt tb%x. ¼çn° #ZÏÜtGó¡ãB ÇÐÈ tbqßJÏèôÜãur tP$yè©Ü9$# 4n?tã ¾ÏmÎm7ãm $YZÅ3ó¡ÏB $VJÏKtur #·År&ur ÇÑÈ $oÿ©VÎ) ö/ä3ãKÏèôÜçR Ïmô_uqÏ9 «!$# w ßÌçR óOä3ZÏB [ä!#ty_ wur #·qä3ä© ÇÒÈ $¯RÎ) ß$$swU `ÏB $uZÎn/§ $·Böqt $Uqç7tã #\ÌsÜôJs% ÇÊÉÈ ãNßg9s%uqsù ª!$# §° y7Ï9ºs ÏQöquø9$# öNßg9¤)s9ur ZouôØtR #Yrçß ur ÇÊÊÈ Nßg1ty_ur $yJÎ/ (#rçy9|¹ Zp¨Zy_ #\Ìymur ÇÊËÈ
5. Sesungguhnya
orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang
campurannya adalah air kafur[1536],
6.
(yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang
mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.
7.
mereka menunaikan Nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di
mana-mana.
8.
dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim
dan orang yang ditawan.
9.
Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan
keridhaan Allah, Kami tidak menghendaki Balasan dari kamu dan tidak pula
(ucapan) terima kasih.
10.
Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan Kami pada suatu hari yang (di hari
itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.
11.
Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada
mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.
12.
dan Dia memberi Balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga
dan (pakaian) sutera,
[1536]
Kafur ialah nama suatu mata air di surga yang airnya putih dan baunya sedap
serta enak sekali rasanya.
Semoga Allah selalu memberikan petunjuk-Nya kepada
kita semu dan termasuk ahli syurga kelak aamiin…
Disarikan dari
berbagai sumber dan dari kita suci Al-Qur’an
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Give comments and criticism are best for this blog the better